YAYASAN AMAL VALLALAR MALAYSIA (YAVM) merupakan Yayasan kebajikan yang  ditubuhkan pada 10 Oktober 2011 dan berpusat operasinya di 525A, Pekan Lama, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. YAVM adalah sebuah organisasi bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan. Di awal penubuhannya, Yayasan ini berhasrat untuk membantu golongan keluarga miskin termasuk keluarga ibu-tunggal dan keluarga yang ditimpa musibah di sekitar Negeri Kedah.

Kini, YAVM cuba untuk menggalakkan semangat sukarelawan dan memberi peluang kepada warganegara Malaysia untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan di dalam menjalankan kerja-kerja  amal dan kebajikan di Malaysia. Pihak YAVM adalah sebagai agen perubahan di dalam kerja-kerja kemasyarakatan melalui pendidikan, pembangunan komuniti, dan belia serta latihan kepada sukarelawan. Selain itu, YAVM juga akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan lain dan juga badan-badan korporat di dalam  menjalankan projek-projek kebajikan.

Peranan dan aktiviti YAVM untuk menyediakan latihan dan peluang-peluang bersukarela untuk sukarelawan bagi manfaat golongan yang memerlukan. YAVM juga akan mengadakan aktiviti menjejak dan membantu gologan yang memerlukan melalui aktiviti kemasyarakatan. Selain itu YAVM juga adalah medium bagi membantu golongan belia dari terjebak dengan gejala sosial yang semakin meningkat sekarang ini. YAVM juga akan melatih sukarelawan untuk bersiap sedia jika berlaku bencana alam  didalam usaha menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.

Akhirnya, YAVM akan sentiasa menjalankan amanah ini dengan telus dan penuh tanggungjawab bagi memastikan matlamat utama Yayasan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya


PROFIL YAYASAN
 
Head Office : No. 525A, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia.Tel : +06012 226 3620 : All Rights Reserved.
Website counter
No of hits :


Program Pembangunan Insaniah                Kem Latihan Pelajar / Belia                Seminar Motivasi Pelajar                 Kelas Yoga Kaum Wanita
Bantuan Keluarga Miskin                        Kem Kesedaran Agama                        Program Motivasi Lain                        Bantuan Bencana Alam

HOME        Visi / Misi        Profil Yayasan        Matlamat Yayasan       Program        Carta Organisasi        Location        Hubungi Kami