YAYASAN AMAL VALLALAR MALAYSIA (YAVM) merupakan Yayasan kebajikan yang  ditubuhkan pada 10 Oktober 2011 dan berpusat operasinya di 525A, Pekan Lama, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. YAVM adalah sebuah organisasi bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan. Di awal penubuhannya, Yayasan ini berhasrat untuk membantu golongan keluarga miskin termasuk keluarga ibu-tunggal dan keluarga yang ditimpa musibah di sekitar Negeri Kedah.

Matlamat Utama Yayasan ialah :

1.    Bertanggungjawab membantu hal-hal berkaitan dengan kebajikan dengan memberikan bantuan dalam bentuk kewangan ataupun material.

2.    Mengenalpasti pelbagai masalah masyarakat setempat dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi permasalahan tersebut dengan kadar yang segera.

3.    Menguruskan program-program kemasyarakatan setempat dengan kerjasama atau bantuan daripada pihak kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

4.    Memberikan tunjuk-ajar dan mengemukakan idea-idea baru untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

5.    Mengurus latihan meningkatkan kemahiran wanita dalam bidang makanan, jahitan, kemahiran kraftangan, pemprosesan makanan dan lain-lain.

6.    Mengurus program meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai hak wanita sama ada sebagai seorang individu rakyat Malaysia, seorang isteri, seorang pekerja atau seorang ibu-tunggal.

Untuk mencapai matlamat di atas pelbagai program telah dan sedang dijalankan. Di antaranya Kem Kesedaran Agama, Kem Latihan Pelajar sekolah menengah dan rendah, kelas Hatha Yoga khususnya untuk kaum wanita dan Program Pembangunan Insaniah untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 serta memberi bantuan kepada keluarga miskin.


 
PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH RENDAH DI SRJK SARASWATHY ANJURAN BERSAMA MUTHAIYAS GROUP OF COMPANIES & HINDU SEVAI SANGAM
KEM LATIHAN PELAJAR DI UNIVERISTI AIMST ANJURAN BERSAMA MUTHAIYAS GROUP OF COMPANIES DGN HINDU SEVAI SANGAM
KELAS HATHA YOGA WANITA
MUTHAIYAS GROUP OF COMPANIES MENYUMBANGKAN BANTUAN KEPADA KELUARGA MISKIN
UTAMA
Head Office : No. 525A, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia.Tel : +06012 226 3620 : All Rights Reserved.
Website counter
No of hits :


Program Pembangunan Insaniah                Kem Latihan Pelajar / Belia                Seminar Motivasi Pelajar                 Kelas Yoga Kaum Wanita
Bantuan Keluarga Miskin                        Kem Kesedaran Agama                        Program Motivasi Lain                        Bantuan Bencana Alam
About Arutprakasa Vallalar Ramalingam Adigal
HOME        Visi / Misi        Profil Yayasan        Matlamat Yayasan       Program        Carta Organisasi        Location        Hubungi Kami   
VIDEO PELANCARAN LAMAN-WEB